SYAITAN YANG KALAH





Dalam كتاب الإنسان وعالم الجن, Allah telah menetapkan bahawa syaitan tidak dapat berkuasa ke atas orang-orang yang beriman.


Dengan diperkenalkan syaitan, maka wujudlah kebaikan dan keburukan. Syurga dan neraka. Iman dan kafir. Bahkan dengan adanya syaitan, wujudnya kehidupan dunia sebagai pintu menguji (دار الإبتلاء)


Jika tiada syaitan, maka tiadalah semua di atas. Kehidupan dunia akan menjadi tiada sebarang tujuan, dan tidak ada berlaku hisab di hari akhirat. 


Orang-orang yang palingkan diri dari Allah akan dikuasai syaitan. Syaitan tidak berdaya terhadap mereka yang meyakini Allah & bertawakkal kepadaNya. Dia telah berfirman dalam Surah Nahl:


فَإِذا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجِيمِ (٩٨) إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطانٌ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَلى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ (٩٩) إِنَّما سُلْطانُهُ عَلَى الَّذِينَ يَتَوَلَّوْنَهُ وَالَّذِينَ هُمْ بِهِ مُشْرِكُونَ (١٠٠)


Apabila kamu hendak baca Qur'an, maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam (98) Sesungguhnya syaitan tiada kuasa ke atas orang-orang yang beriman & mereka yang bertawakkal kepada tuhan mereka (99) Sesungguhnya penguasaan syaitan adalah keatas orang yang memalingkan diri daripada Allah & mereka yang mensyirikkannya (100)

Comments

Popular posts from this blog

ميكروسوفت وورد

التعليم لومي

التلخيص